cInTaIlAh bAhAsA KiTa bAhAsA KeBaNgSaAn

Wednesday 5 October 2011

INTERAKSI 15 : PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi
• Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
• Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
• Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa ij ataupun non tes.
• Penilaian Pembelajaran merupakan salah satu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.


a. KAEDAH JIGSAW

* Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
* Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

1. Pergantungan secara positif
2. Tanggungjawab
3. Interaksi secara terus (bertentang mata)
4. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
5. Penilaian kendiri secara berterusan


b. KRITIKAN TERBUKA

* Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
* Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
* Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
* Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.


c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN
* Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
* Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.
* Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

INTERAKSI 14 : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
a. Instrumen
b. Penggredan
b. Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah.
c.  Rumusan
Penggredan:
Pencapaian dalam Penilaian Berasaskan Sekolah akan dinilai dan pelajar perlu menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah:
1. Kehadiran pelajar dalam Penilaian Berasaskan Sekolah.
2. Menyempurnakan tugasan(dinilai oleh pensyarah)
3. Portfolio individu.
4. Laporan Perkembangan Pelajar.

Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah:
1. Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) tentang program Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS).
2. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar.
3. IPGM akan memaklumkan atau memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak sekolah.
4. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar.
5. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
6. IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi.
7. Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat

INTERAKSI 13 : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

PENILAIAN BERASAKAN SEKOLAH

Rasional
1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
3. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
4. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya
5. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

Prinsip-prinsip

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

* Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
* Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
* Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
* Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
* Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Ciri – ciri

* Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah.
* Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
* PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
1. Kerja kursus / PEKA
• Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
• LPM membekalkan dokumen pentaksiran
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
• Markah dihantar kepada LPM
• Sekolah mengeluarkan sijil


2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.
  

Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah
Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :

1. Daya kreatif, contoh; mereka cipta, melukis.
2. Kemahiran proses sains, contoh; memerhati, membuat inferens.
3. Perlakuan dan amalan nilai, contoh; membantu, berdikari.
4. Sikap, contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
5. Kesihatan dan kecergasan, contoh; sihat, cergas dan aktif.
6. Kemahiran kinestetik, contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
7. Bakat dan minat, contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang

INTERAKSI 12 : PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK


DEFINISI BROSUR :
Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Penilaian bahasa berasaskan projek : “Power Point” ,risalah dan web

POWER POINT
• Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.
• Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara
professional.
• Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan
menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan
ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background
format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘dan ciri-ciri pengawalan masa.
• Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang untuk
menjadi pengendali persembahan yang professional.

Matlamat dan Objektif
• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat
mampat dan memperbanyakkan bahan p&p berasaskan ICT.
• Merangsang para pelajar dan guru mencipta bahan P&P berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa

• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan pembelajaran kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.

Melalui pembentangan isi
-Topik yang disampaikan
-Idea
-Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai
-dengan audiens
-Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan

Cara penyampaian kepada audiens
-Berkeyakinan
-Tidak membaca paparan sepenuhnya
-Memahami topik yang dibincangkan
-Dapat memahami kemahuan audiens
-Sesuai dengan golongan sasar
-Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif
-Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat)

RISALAH 


 Persembahan yang menarik
 Pemilihan isi yang menarik
 Topik yang menarik
 Penggunaan laras bahasa yang sesuai
 Ringkas dan padat
 Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)
 Menarik perhatian
 Rekaan yang sesuai
 Mengetahui golongan sasar yang difokus.

HALAMAN SESAWANG : WEB


 Persembahan rekaan
 Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
 Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
 Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan
sensitif
 Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
 Penggunaan laras bahasa yang sesuai
 Mempunyai maklumat tambahan
 Mempunyai jaringan yang luas

INTERAKSI 11 : PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN 


Definisi
 Penilaian - kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.
 Penilaian- satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN 


TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI ASAS
ii. INDIKATOR
iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
 Kegiatan Awal
 Kegiatan Inti
 Kegiatan Akhir
iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
v. PENILAIAN

Huraian…
i.KOMPETENSI ASAS
 1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR
• Menyatakan contoh hidup rukun di rumah atau di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup 


iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi
A. KEGIATAN Inti
1. Menyapa teman sebaya dengan sopan
2. Membuat kalimat sapaan(lisan)
3. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
4. Membuat kalimat Tanya dengan betul 


C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio

iv. METODE, SUMBER, MEDIA
a) METODE
1. Soal Jawab
2. permainan bahasa
b) SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I(berdasarkan tema)
c) MEDIA
1. Kad bilangan 2. Kad abjad 3. Kad kata

vi. PENILAIAN
Lisan
Bertulis
Perbuatan
Portfolio


CIRI-CIRI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN 
1) KAEDAH JIGSAW
2) KRITIKAN TERBUKA
3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

Huraian…

KAEDAH JIGSAW 
Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).

Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif .
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

KRITIKAN TERBUKA 

membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
• Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
• Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
• Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara:
1)Intonasi dan kejelasan suara,
2)Keyakinan diri di khalayak ramai,
3)Kelancaran bahasa,
4) Penampilan,
5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima.

 Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
 Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah.
 Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.

Penilaian Rakan Kumpulan (PRK)
Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

INTERAKSI 10 : PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Forum

  • forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
  • teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
  • pelaksanaan : pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  • dalam sesi forurm, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan lanjut.

Debat


  •  pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
  • ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
  • huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
  • setiap pihak haruslahr yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
  • sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi.
  • setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
  • masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. 
  • markah tidak diberikan untuk lebihan masa.


 Pidato



  • ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta2 atau prinsip2 berdasarkan tajuk yang diberikan.
  • interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah2nya di depan penonton.
  • berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea2 untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
  •  ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
  • pidato dimulakan dengan kata2 aluan kemudian perkenalkan tajuk.
  • ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
  • keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
  • ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.

Syarahan



  • aktiviti jenis ini berformat khusus iaitu kata2 aluan /pendahuluan, kata2 penghadapan , isi dan penutup.
  •  penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan.
  • isi2 syarahan perlu berdasarkan fakta2 yang tepat beserta contoh2 yang relevan.

 Pantun

  •  satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
  • rangkap2 yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud.
  •  ia menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut.
  • kesinambungan bunyi di hujung setiap baris.
  • ia terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun.
  • gaya bahasa yang berbunga2 dan keindahan persekitaran turut diselitkan.

Sajak

  •  satu bentuk puisi lisan moden.
  •  ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
  • ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
  • gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur2. 
  • penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Ceramah

  • ceramah merupakan pengemukaan fikiran / idea2 melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala.
  • penceramah akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau maklumat yang disampaikan.

INTERAKSI 9 : PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur 

Kemahiran Mendengar 
Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang berikut: 
i. Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat mendengar kuliah atau pengajaran guru; 
ii. Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat; 
iii. Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan 
iv. Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan 
v. Catat isi, fakta dan maklumat penting; dan 
vi. Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat 

Mendengar Secara Aktif
 
Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar. 
Tujuan Mendengar 
• mendapatkan maklumat 
• mencatat nota 
• menjalankan atau menunaikan arahan 
• mengecam bunyi 
• mengenal pasti sesuatu perkara 
• menjawab soalan 
• mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar 
• bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar 

Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 
Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah: 
i. Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa 
ii. Berikan tumpuan kepada guru 
iii. Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan 
iv. Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya 
v. Bersifat positif dan terbuka 
vi. Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti 
vii. Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh guru atau penceramah 
viii. Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar 
ix. Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda 
x. Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah. 

Kemahiran Bertutur 
Kemahiran bertutur pula adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebut (artikulator) manusia. Ia tidak boleh dicipta oleh pelajar, tetapi perlu ditiru atau diajuk.

Aspek yang ditekankan dalam kemahiran bertutur
• Sebutan 
• Tekanan 
• Mora 
• Jeda 
• Intonasi 
• Nada 
• Tatabahasa 
• Kelancaran 
• Kefasihan 
• Laras bahasa 



~ penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara pelajar 
dengan pendidik, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pembelajaran.


Aspek2 yang dinilai :

  • kefahaman konsep
  • pengetahuan fakta
  • pemikiran peringkat tinggi
  • kecekapan mendengar
  • penggunaan bahasa yang tepat
  • gaya persembahan / kelancaran berbahasa

Penilaian Kemahiran Membaca 

Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. 

Dalam kemahiran membaca terdapat dua tujuan iaitu serta merta dan lanjutan: 

i. Serta merta 
• Membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang digunakan. 
• Membaca cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk habiskan sesuatu bahan bacaan. 

ii. Lanjutan 
• Membetulkan fahamannya yang salah, membanding fikiran dan pengalaman orang lain untk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. 

Proses membaca melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun idea dan membuat generalisasi dan penialain. 

Jenis-jenis Bacaan : 
• Mekanis 
• Mentalis 
• Intensif 
• Ekstensif 

Peringkat membaca :
 
• Kesediaan membaca 
• Prabacaan 
• Mekanis 
• Membaca dan memaham 


Penilaian Kemahiran Menulis 

Dalam kemahiran menulis, pelajar harus berupaya menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat dan jelas tentang perasaan, pengalaman diri, dan ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan. 

Aspek yang ditekankan semasa menulis : 
• Ayat gramatis 
• Tanda baca sesuai 
• Ejaan betul 
• Karya kreatif 
• Tulisan cantik dan jelas 

Peringkat Menulis
 
• Peringkat Pramenulis 
• Peringkat Mekanis 
• Peringkat Pelahiran 




~ ia dinilai melalui karangan , laporan projek / kerja kursus / folio, latihan dan ujian bertulis, huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.